Draf (versi 2026-10-19) — perlu semakan peguam. Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (pindaan 2024).
Pemilik akaun (bengkel): nama, emel, kata laluan (dicincang), nama bengkel, telefon, alamat, waktu buka dan tetapan bengkel. Customer bengkel (bagi pihak bengkel): nama, nombor telefon/WhatsApp, nombor plat, model kereta, mileage, tarikh servis, rekod peringatan yang dihantar, tempahan (termasuk nota pilihan customer) dan pilihan "STOP".
Bagi data customer bengkel, bengkel ialah pengguna data (data user) di bawah PDPA dan ServisLagi memproses data itu bagi pihak bengkel sahaja, untuk tujuan peringatan servis dan tempahan. Kami tidak menjual atau berkongsi data customer untuk pemasaran, dan kami tidak menghubungi customer bengkel.
ServisLagi tidak menghantar mesej WhatsApp. Butang Remind membuka WhatsApp di peranti bengkel dengan mesej siap ditulis (pautan wa.me); mesej dihantar oleh bengkel dari nombornya sendiri. Kami merekod bahawa butang itu ditekan (tarikh), bukan kandungan perbualan.
Setiap kereta mempunyai pautan tempahan dengan token rawak yang sukar diteka. Pautan itu hanya menunjukkan nama bengkel, nama pertama customer, nombor plat, model, tarikh servis terakhir dan slot yang tersedia; ia tidak menunjukkan customer atau kereta lain. Halaman tempahan tidak memuatkan sebarang skrip atau penjejak.
Jika anda pilih Teruskan dengan Google, Google menghantar kepada kami nama, alamat emel, status pengesahan emel dan ID akaun Google anda (skop openid email profile sahaja). Kami tidak menerima kata laluan Google, kenalan, fail atau akses lain kepada akaun Google anda. ID akaun Google disimpan untuk log masuk seterusnya dan dipadam bersama akaun anda.
Data disimpan di Cloudflare (Workers & D1). Sesi log masuk disimpan sebagai kuki sl_session (HttpOnly). Hanya cincangan token pautan emel yang disimpan.
Bayaran diproses oleh Stripe (FPX atau kad). Kami tidak menyimpan nombor kad; kami hanya menyimpan rujukan pelanggan/langganan Stripe dan rekod bayaran (jumlah, tarikh, pulangan). Jika alamat emel anda pernah mendapat tawaran Founder, kami menyimpan cincangan sehala (SHA-256) alamat itu dan tarikhnya, termasuk selepas akaun dipadam, semata-mata supaya tawaran Founder tidak digunakan semula (pencegahan penipuan); emel itu sendiri tidak disimpan.
Kami menghantar emel pengesahan, tukar kata laluan, notis akaun (contohnya akses akan tamat) dan, untuk akaun baharu, beberapa emel panduan serta kemas kini produk. Setiap emel panduan ada pautan berhenti langgan; notis akaun tetap dihantar.
Hanya jika anda tekan Terima pada notis kuki, laman utama sahaja boleh memuatkan Meta Pixel (Meta Platforms), Google Analytics 4 (Google) untuk mengukur iklan dan lawatan, dan Microsoft Clarity (peta haba; teks yang ditaip disembunyikan). Kami tidak menghantar nama, emel, data bengkel atau data customer dalam acara ini, dan alat ini tidak dimuatkan dalam aplikasi selepas log masuk atau pada pautan tempahan. Pilihan anda disimpan dalam kuki sl_consent selama 180 hari; tukar bila-bila masa melalui "Tetapan kuki" di bahagian bawah laman utama. Jika anda datang dari iklan Meta, ID klik iklan disimpan 7 hari dalam kuki sl_fbclid (tidak jika anda tekan Tolak).
Apabila akaun baharu didaftarkan dan emel disahkan, pelayan kami memberitahu Meta bahawa satu pendaftaran berlaku, supaya kami tahu iklan mana yang berkesan. Kami hanya menghantar cincangan sehala (hash) emel dan ID akaun, alamat IP, jenis pelayar dan ID klik iklan (jika ada). Ini tidak dilakukan jika anda tekan Tolak pada notis kuki.
Pelayan kami menghantar rekod penggunaan ringkas ke PostHog (rantau EU), contohnya "kereta ditambah", "peringatan dihantar" atau "tempahan dibuat", dikaitkan hanya dengan ID akaun dalaman. Kami tidak menghantar nama, emel, nombor telefon, nombor plat atau data customer, dan PostHog tidak menetapkan sebarang kuki pada peranti anda.
Anda boleh mengeksport semua kereta dan customer (CSV) dan memadam akaun berserta semua data pada bila-bila masa dari Tetapan. Rekod pembayaran yang disimpan oleh Stripe dan salinan sandaran tertakluk kepada dasar penyimpanan masing-masing. Untuk akses, pembetulan atau aduan: hello@servislagi.com.
Miracle Mikhael Enterprise — hello@servislagi.com