← ServisLagi

Terma Perkhidmatan

Draf (versi 2026-10-19) — perlu semakan peguam sebelum pelancaran berbayar.

1. Perkhidmatan

ServisLagi ialah perisian untuk bengkel kereta merekod kereta dan customer, mengira tarikh servis seterusnya, menyediakan mesej peringatan WhatsApp dan pautan tempahan slot servis. ServisLagi disediakan oleh Miracle Mikhael Enterprise.

2. Peringatan WhatsApp

ServisLagi tidak menghantar mesej secara automatik. Apabila anda tekan Remind, WhatsApp di peranti anda dibuka dengan mesej siap ditulis; anda sendiri yang menghantarnya dari nombor anda. Anda bertanggungjawab ke atas kandungan mesej dan memastikan customer bersetuju menerima peringatan; hormati permintaan "STOP" (tekan "Customer kata STOP").

3. Tanggungjawab bengkel

Anda bertanggungjawab ke atas ketepatan data yang anda masukkan, mendapatkan kebenaran customer untuk menyimpan nama, nombor telefon dan rekod kereta mereka, dan menguruskan tempahan yang diterima melalui pautan tempahan.

4. Pratonton percuma, pelan & yuran

Tiada percubaan percuma bermasa. Pendaftaran adalah percuma dan memberi pratonton: sehingga 10 kereta (tidak termasuk data contoh DEMO), senarai kereta yang sampai masa servis, tetapan dan data contoh. Untuk menghantar peringatan WhatsApp, menerima tempahan melalui pautan dan menambah lebih daripada 10 kereta, anda perlu mengaktifkan pelan berbayar:

Bayaran diproses oleh Stripe. Bayaran sekali menyambung akses dari tarikh tamat akses semasa. Jika anda melanggan dengan kad semasa masih ada akses yang telah dibayar, caj pertama dibuat apabila akses itu tamat. Semua pelan berbayar termasuk kereta tanpa had tertakluk kepada penggunaan wajar (sehingga 2,000 kereta). Pembatalan langganan kad berkuat kuasa pada akhir tempoh yang telah dibayar.

5. Jaminan 14 hari wang dikembalikan

Untuk bayaran pertama akaun anda sahaja: jika anda meminta melalui emel ke hello@servislagi.com dalam tempoh 14 hari dari tarikh bayaran itu, kami akan memulangkan bayaran tersebut sepenuhnya (dilakukan secara manual oleh pasukan kami melalui Stripe). Apabila bayaran dipulangkan, akses yang dibeli dengan bayaran itu ditarik balik dan langganan kad (jika ada) dibatalkan. Selain jaminan ini, yuran yang telah dibayar tidak dipulangkan kecuali dikehendaki undang-undang atau atas budi bicara kami.

6. Selepas akses tamat

Jika akses berbayar tamat, akaun kembali kepada pratonton: data kekal, anda masih boleh melihat, mengubah, mengeksport dan memadam data, tetapi butang Remind dan pautan tempahan berhenti berfungsi sehingga anda membayar semula.

7. Penamatan

Anda boleh memadam akaun dan semua data pada bila-bila masa dari Tetapan (taip PADAM untuk sahkan). Kami akan cuba membatalkan langganan Stripe anda pada masa yang sama.

8. Liabiliti

Perkhidmatan disediakan "seadanya". Kami tidak menjamin bilangan customer yang akan kembali. Liabiliti kami terhad kepada yuran yang dibayar dalam 3 bulan terakhir.

9. Hubungi

Miracle Mikhael Enterprise — hello@servislagi.com · https://servislagi.com