Perbandingan
Setiap sistem POS bengkel berbeza. Lajur POS di bawah ialah apa yang biasa ada; semak dengan pembekal anda untuk butiran sebenar.
| Perkara | Sistem POS bengkel | ServisLagi |
|---|---|---|
| Job card, invois & bayaran | Biasanya ada | Tiada |
| Stok spare part | Biasanya ada | Tiada |
| Rekod kereta & customer | Ya, sebagai sebahagian daripada invois | Ya. Tampal terus dari Excel / Google Sheets (sehingga 200 sekali) |
| Tarikh servis seterusnya | Bergantung pada sistem | Dikira ikut bulan atau km, mana dulu; km sebulan dikira semula dari mileage sebenar |
| Siapa kena remind hari ni | Bergantung pada sistem | Senarai disediakan setiap hari |
| Mesej WhatsApp | Sesetengah sistem ada, ada yang hantar secara automatik | Satu tekan, mesej siap ditulis; anda tekan hantar dari nombor bengkel |
| Customer tempah slot sendiri | Bergantung pada sistem | Pautan tempahan ikut waktu buka & bilangan bay |
| Customer kata STOP | Bergantung pada sistem | Satu tekan, tak disenaraikan lagi |
| Laporan customer datang balik | Bergantung pada sistem | 30 hari: dihantar, ditempah, datang balik |
| Mula guna | Biasanya perlu setup produk, harga, stok dan akaun staf | Daftar, tampal senarai, terus nampak siapa due |
| Kos | Ikut pembekal | Pratonton percuma 10 kereta; RM79/bulan, RM790/tahun, atau Founder RM99 untuk 3 bulan |
Bila sistem POS lebih sesuai
- Anda perlu keluarkan invois, terima bayaran dan jejak stok spare part dalam satu sistem.
- Ada beberapa staf di kaunter dan anda mahu setiap job card direkod.
- POS anda sudah ada peringatan servis yang berjalan, dan customer memang datang balik.
Dalam keadaan itu, ServisLagi mungkin tak menambah banyak. Teruskan dengan POS anda.
Bila ServisLagi sudah cukup
- Bengkel 1–5 bay yang guna buku resit, Excel atau perisian akaun biasa untuk invois, dan tak mahu tukar semua itu.
- Masalah utama anda ialah customer lama lupa servis dan pergi ke bengkel lain.
- Anda mahu mesej keluar dari nombor WhatsApp bengkel sendiri, yang customer dah kenal.
- Anda mahu customer pilih slot sendiri tanpa berbalas mesej.
Boleh guna kedua-duanya?
Boleh, tetapi tiada sambungan automatik antara ServisLagi dan sistem POS. Jika POS anda boleh eksport senarai customer ke Excel atau CSV, salin baris itu dan tampal dalam ServisLagi. Selepas itu, bila kereta datang servis, tanda Siap dan masukkan mileage baru dalam ServisLagi supaya tarikh due seterusnya betul. Itu satu langkah tambahan setiap servis, jadi pertimbangkan sama ada ia berbaloi untuk bengkel anda.
Masih guna buku atau Excel? Baca ServisLagi vs buku catatan / Excel. Nak cuba kira tarikh due dulu? Guna kalkulator bila servis kereta, percuma.
Cuba dengan senarai customer anda sendiri
Daftar percuma, tampal sehingga 10 kereta, dan lihat siapa kena remind hari ni. Aktifkan pelan bila anda sedia untuk hantar peringatan. Jaminan 14 hari wang dikembalikan untuk bayaran pertama.
Cuba ServisLagi percumaSoalan lazim
ServisLagi boleh ganti sistem POS bengkel saya?
Tidak. ServisLagi tiada invois, bayaran, stok spare part atau payroll. Ia cuma kira bila kereta customer due servis, senaraikan siapa kena remind hari ni, dan buka WhatsApp anda dengan mesej dan pautan tempahan siap ditulis.
Sistem POS saya dah ada peringatan WhatsApp. Perlu ServisLagi lagi?
Mungkin tidak. Kalau peringatan dalam POS anda sudah berjalan dan customer datang balik, teruskan. ServisLagi lebih sesuai untuk bengkel yang tiada POS, atau yang POSnya tiada peringatan servis dan pautan tempahan slot.
ServisLagi bersambung dengan sistem POS saya?
Tidak, tiada sambungan automatik. Jika POS anda boleh eksport senarai customer ke Excel atau CSV, salin baris itu dan tampal dalam ServisLagi, sehingga 200 kereta sekali simpan. Selepas itu, tanda Siap dan masukkan mileage baru dalam ServisLagi bila kereta datang servis.
ServisLagi hantar mesej WhatsApp secara automatik?
Tidak. Anda tekan satu butang, WhatsApp anda terbuka dengan mesej siap ditulis dan pautan tempahan. Anda sendiri tekan hantar, dari nombor bengkel anda.
Berapa kos ServisLagi?
Daftar percuma untuk pratonton 10 kereta. Untuk hantar peringatan dan terima tempahan: Founder RM99 untuk 3 bulan sekali bayar, Bulanan RM79 sebulan atau Tahunan RM790 setahun. Ada jaminan 14 hari wang dikembalikan untuk bayaran pertama.