ServisLagi › Alat percuma › Bila servis kereta

Kalkulator bila servis kereta seterusnya

Masukkan tarikh servis terakhir dan selang servis. Kami kira tarikh ikut bulan dan ikut km, dan tunjuk mana yang sampai dulu.

Pilihan, untuk sasaran odometer.
Selang servis
0 = ikut bulan sahaja.
Berapa banyak kereta ini jalan?
Pergi kerja 25 km sehari ≈ 750 km sebulan (sekali jalan × 2 × 15 hari kerja). Tak pasti? 1,500 km ialah anggaran biasa.

Ada bengkel? Kira untuk semua customer sekali gus

ServisLagi buat kiraan yang sama untuk setiap kereta dalam senarai bengkel anda:

  • Tarikh servis seterusnya ikut bulan atau km, mana dulu
  • Km sebulan dikira semula dari mileage sebenar setiap kali anda tanda Siap
  • Senarai "Kena remind hari ni" setiap hari, dan satu tekan buka WhatsApp anda dengan mesej siap ditulis
  • Tampal senarai dari Excel / Google Sheets, sehingga 200 kereta sekali simpan
Cuba ServisLagi percuma

Daftar percuma untuk 10 kereta. Hantar peringatan dan pautan tempahan perlu pelan berbayar.

Cara guna kalkulator ini

Kebanyakan kereta perlu servis ikut masa (contoh setiap 6 bulan) atau ikut jarak (contoh setiap 10,000 km), mana yang sampai dulu. Sticker di cermin selalunya tulis kedua-duanya. Kalkulator ini kira dua tarikh itu dan pilih yang lebih awal.

  1. Masukkan tarikh servis terakhir (ada pada resit atau sticker servis).
  2. Pilih selang servis. Ikut buku manual kereta atau nasihat bengkel anda.
  3. Masukkan purata km sebulan, atau pilih Saya tahu mileage sekarang dan isi mileage masa servis terakhir serta bacaan odometer hari ini. Kalkulator kira km sebulan sendiri.

Contoh

Servis terakhir 15 Mac 2026, selang 6 bulan / 10,000 km, jalan 2,000 km sebulan.
Ikut masa: 15 Mac + 6 bulan = 15 Sep 2026.
Ikut km: 10,000 ÷ 2,000 = 5 bulan × 30.44 hari ≈ 152 hari = 14 Ogo 2026.
Mana dulu: 14 Ogo 2026, sebab had km sampai sebulan lebih awal.

Untuk bengkel

Kiraan ini sama dengan yang digunakan dalam ServisLagi: selang bulan dibundarkan ke hujung bulan bila perlu (31 Ogo + 6 bulan = 28 atau 29 Feb), dan tarikh ikut km dikira dari purata km sebulan (minimum 100 km). Bila mileage baru direkod, purata km sebulan dikira semula dari dua bacaan yang sekurang-kurangnya 30 hari jarak. Bengkel biasanya mula ingatkan customer seminggu sebelum due, supaya ada masa untuk tempah slot.

Ini panduan umum, bukan nasihat mekanikal. Ikut jadual servis dalam buku manual pengeluar kereta anda, terutamanya jika kereta masih dalam waranti.

Soalan lazim

Servis kereta setiap berapa bulan atau berapa km?

Ikut buku manual kereta anda dan jenis minyak hitam. Ramai bengkel guna 6 bulan atau 10,000 km, dan selang lebih pendek seperti 3 bulan atau 5,000 km untuk minyak mineral. Mana yang sampai dulu, itulah tarikh servis.

Kenapa ikut mana sampai dulu, bulan atau km?

Sebab kereta haus ikut kedua-duanya. Kereta yang jarang jalan tetap perlu servis ikut masa, dan kereta yang banyak jalan sampai had km lebih awal.

Macam mana kalkulator ini kira tarikh ikut km?

Ia bahagi selang km dengan purata km sebulan, kemudian darab dengan 30.44 hari sebulan. Contoh: 10,000 km ÷ 2,000 km sebulan = 5 bulan, lebih kurang 152 hari selepas servis terakhir.

Saya tak tahu berapa km sebulan saya jalan. Macam mana?

Pilih "Saya tahu mileage sekarang", kemudian masukkan mileage semasa servis terakhir dan mileage pada odometer hari ini. Kalkulator kira purata km sebulan sendiri, asalkan dua bacaan itu sekurang-kurangnya 30 hari jarak.

Data yang saya masukkan disimpan di mana?

Tidak disimpan. Kiraan berlaku dalam pelayar anda sahaja dan angka yang anda taip tidak dihantar ke server kami.

Bengkel boleh guna kiraan ini untuk semua customer?

Boleh, satu kereta pada satu masa. ServisLagi buat kiraan yang sama untuk setiap kereta dalam senarai bengkel dan tunjuk siapa kena remind setiap hari.

Dikemas kini

Alat lain: Penjana mesej peringatan servis WhatsApp · ServisLagi vs buku catatan / Excel